Ada dua sebab kenapa aku menulis entry ini..
Selamat menyambut bulan Ramadhan
Walaupun dh terlewat tp aku tetap nk ucapkan selamat berpuasa pada sesiapa yg baca post ni..mudah2an kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih bermakna.. Beribadatlah dan tunaikan kewajipan berpuasa kerana belum tentu lagi kita akan bertemu Ramadhan lagi selepas ini...
dan yang kedua
Selamat hari lahir
utk seorang teman yg istimewa.. dah lewat sebenarnya ucapan ini di tulis. tapi aku xpernah lupa pn tarikh itu..25 Julai.. aku cuma dapat hantar sms pada malam tu. tak tau lah dia dapat ke x.. sbb xpenting pun ucapan aku tu :) mudah2an dia di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat... Amin. Sempena tarikh istimewa itu juga aku telah mengaktifkan semula acc facebook aku. Mulanya aku nak ucap dalam facebook tapi niat tak sampai. Aku xnak dia ada masalah nanti. Mudah2an ucapan ini akan sampai pada dia walaupun xde harapan sebenarnya...
Semoga awak bahagia selalu.... :)
Selamat
Friday, August 5, 2011
Posted by Namaku Zarul at 8/05/2011 01:48:00 AM 0 comments
Dygta - Karna Ku Sayang Kamu
Monday, July 18, 2011
Doa saya akan terus bersama awak
Posted by Namaku Zarul at 7/18/2011 12:23:00 AM 0 comments
Champions League Final
Saturday, May 28, 2011
Posted by Namaku Zarul at 5/28/2011 04:05:00 PM 0 comments
Tahniah
Monday, May 16, 2011
Posted by Namaku Zarul at 5/16/2011 11:16:00 PM 0 comments
Happy Nurses Day!
Thursday, May 12, 2011
Posted by Namaku Zarul at 5/12/2011 11:24:00 AM 0 comments
Cinta ini
Sunday, May 1, 2011
Seharusnya aku pergi di saat kau menolak aku
Seharusnya aku tak lagi disini
Menanti ungkapan cinta yg tidak mungkin
Aku bertahan disini agar kau terbiasa dekat dgn ku
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau rasa erti hadirku
Aku takut patah hati.... Aku takut jauh darimu
Yang ku ingin bukan hanya menatapmu
Mendengar ceritamu
Aku ingin menangis bersamamu... Ketawa bersamamu
Berbahagi hati selamanya
Salahku terlanjur ingini smua yg ada padamu
Salahku berkhayal terlalu indah tentang dirimu
Sebelum cinta ini hina..semampunya aku harus rela
Berhenti merinduimu... Dan membunuh rasa ini
Mohon ajarkan aku cara utk melupakanmu
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu
Bukan aku membenci.. Tapi aku telah disakiti olehmu
Belajar utk berhenti mencintaimu...
Posted by Namaku Zarul at 5/01/2011 01:01:00 AM 0 comments
Allah lebih mengerti
Wednesday, April 6, 2011
"Memang saya berkawan dengan dia"
Jelas... Cukup untuk mematikan segala harapan dan impian aku selama ini.Cukup untuk membuat aku rasa sesedih ini
Ya Tuhanku..
Aku tahu Kau lebih mengerti apa yg aku rasakan saat ini. Aku dah tak terdaya Ya Allah. Aku tak mampu menghadapi ujian ini keseorangan..
Aku merayu padaMu sembuhkanlah ibuku.Hanya dia sumber kekuatanku utk terus hidup. Pinjamkan kekuatan semangat dan kesabarannya menghadapi segala ujian dariMu Ya Allah
Aku rindu nak mendengar suaranya, mendengar leterannya dan marahnya dia bila aku melakukan kesilapan. Kau berikanlah peluang untuk ibu memelukku disaat aku sangat memerlukan dia....
Cukuplah walaupun hanya sekali
Posted by Namaku Zarul at 4/06/2011 04:10:00 PM 0 comments
Mixed emotions
Tuesday, March 29, 2011
Hari ini aku rajin.. Sebab tu aku update blog ini.
Posted by Namaku Zarul at 3/29/2011 01:18:00 AM 0 comments
You'll never know....
Monday, March 14, 2011
Posted by Namaku Zarul at 3/14/2011 12:40:00 PM 0 comments
Masih ada masa
Wednesday, March 2, 2011
Berita baik utk sesiapa yg belum lg menjelaskan bayaran saman.. Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh diskaun untuk pembayaran saman dilanjutkan sehingga 10 Mac 2011.. Ada lagi seminggu. Jika kamu tergolong dalam 17 juta saman yang belum di jelaskan, silalah mendekatkan diri dengan balai polis.
Apakah akan ada lagi lanjutan tarikh diskaun ini? kita sama2 tunggu dan lihat. Semalam beriya2 kerajaan bertegas untuk tidak lagi memberi muka kepada mereka yang gagal membayar saman. Tapi keputusan tegas itu akhirnya lembut juga. Maklumlah berjiwa rakyat.
Barangkali....
Apapun gunakan kesempatan ini untuk menunaikan tanggungjawab anda..
Posted by Namaku Zarul at 3/02/2011 10:46:00 PM 0 comments
Bayar la lewat lagi
Tuesday, March 1, 2011
Dah 6 bulan rupanya tempoh utk bayar saman ni. Aku tak perasan pulak. Rasa macam baru je umum. Tu la bila selalu buat endah tak endah saja. Bila dah nak tamat mula lah gelabah.. biasa la kan.
Aku sampai kat balai polis cawangan Trafik Kulim dalam pukul 1 ptg. Masa tu orang boleh la tahan. Dalam 30minit aku beratur buat semakan saman. Okey lagi. Tengok kaunter pembayaran masih tutup. sempat lagi rehat dari pukul 12.30 - 2 ptg. Orang dah makin ramai. Nombor giliran untuk pembayaran saman aku tak dapat lagi. Tgk masing2 pegang nombor giliran erat2. Aku jeling dengan pandangan penuh irihati.
Tak lama kemudian seorang anggota polis edarkan nombor giliran. Dapat saja ditangan aku rasa macam nak terkeluar biji mata.. Aku sungguh kagum sekali dengan nombor giliran yang aku dapat. Nombor 80 lebih.. orang yang dapat nombor 1 pun xdapat bayar lagi. Bermakna aku harus menunggu sehingga orang yang ke 80. Hebat bukan?
Tengok jam baru pukul 1.45ptg. Kaunter masih belum dibuka. Kelihatan orang yang di dalam kaunter sedang seronok2 bergumbira tanpa menghiraukan keadaan kami yang seperti pulut panggang. Sungguh panas sekali bila bersesak begitu. Dalam hati dah macam2 perkataan yang kurang sesuai untuk di paparkan disini.. Sabar....
Fikir aku mungkin no giliran tidak digunakan. Iyelah orang dah bepusu2 depan kaunter seolah2 sedang menanti bantuan duit hari raya. Niat aku nak makan tengah hari terpaksa aku lupakan dulu. Pukul 2 ptg saja kaunter mula di buka. Cuma satu saja. Cekapnya polis melaksanakan tugasnya. Dalam orang yang padat macam sardin dalam tin cuma satu saja kaunter dibuka. Tiba2 kedengaran suara yang sungguh nyaring lagi tidak berapa merdu melaungkan nombor 1... nombor 2...nombor 3.......................
Aku tengok jam di tangan. Sudah 2.10 petang tapi orang yang bernombor satu itu masih belum selesai. Sungguh lama sekali, bukan. 5 minit kemudian baru nombor 2 dan seterusnya. Maka aku terpaksa menerima hakikat nombor giliran memang digunakan sepenuhnya. Aku mengambil keputusan untuk makan dulu. Nasib baik ada kedai nasi kandar.hehe
Pukul 3......
Pukul 4......
Orang makin ramai. Beratur panjang untuk buat semakan saman. Nak bayar dah tak boleh sebab nombor giliran untuk petang tu dah habis. Kena datang lagi esok. Mula2 aku cuma tengok dari jauh saja. Orang punyalah ramai depan kaunter pembayaran macam semut hurung air sirap. Aku pun terus ikut serta bersama semut2 yang lain menghirup air manis itu. Tiba2 ada hamba Allah yang sangat baik hati memberikan nombor gilirannya kepada aku.Lebih awal dari apa yang aku jangkakan. Tak lama selepas itu segala urusan pengeluaran duit untuk saman berjaya dilakukan.. aku hanya mampu melihat duit bertukar tangan dengan cik kak polis itu.
Sedih.... duit melayang lagi...
Pandulah dengan cermat.. Duit anda pun jimat
Jangan pandu laju nanti mati kutu
Macam aku..........
Posted by Namaku Zarul at 3/01/2011 10:12:00 PM 0 comments
Selagi ada waktu
Monday, February 21, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/21/2011 10:57:00 PM 0 comments
Susahnya nak melupakan
Sunday, February 13, 2011
"Anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya"
Pelik tapi itulah kenyataanya
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 03:25:00 PM 0 comments
Ragut
Semalam Nasha Aziz... Hari ini Norlia Ghani pulak
Kedua2 artis ini menjadi mangsa ragut yang makin menjadi2 sekarang ini. Bukan sikit2 duit yang lesap itu. Nasha diragut rm40,000 dan Norlia rm8,000. Sayangnya duit....
Macam2 boleh buat dengan duit sebanyak tu. Tukar enjin, adjustable absorber, rims bla bla....(macam ada banyak duit)
Ragut bukan saja kehilangan harta benda tapi juga nyawa. Kes terbaru seorang mangsa ragut yang meninggal dunia setelah beberapa hari koma (sumber kosmo online ) Malangnya bagi wanita itu yang menjadi mangsa orang yang tidak berperi kemanusiaan.Dunia sekarang membuatkan orang sanggup buat apa saja untuk hidup.
Aku ambil gambar ini semasa aku di dalam kereta. Lokasi persimpangan lampu isyarat Sungai Petani. Lihat gambar ini betul2.. Tindakan ini sebenarnya mengundang jenayah terutamanya ragut. Penunggang dan pembonceng motorsikal kena lebih berhati2 terutamanya membawa beg tangan. Lebih baik bawa barang2 yang penting saja dan simpan dalam poket. Kalau pun perlu membawa beg simpan di bawah seat (kebanyakan motorsikal sekarang mempunyai ruang di bawah)
Selalu juga aku berdepan dengan situasi seperti ini. Beg letak dalam raga, dompet terkeluar dari poket belakang....
Jangan la buat macam tu cik kak......... Bahaya!
Pentingkan keselamatan diri..Nyawa cuma dipinjamkan sekali sahaja
Fikirlah
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 12:58:00 PM 0 comments
Hantu Kak Limah
Hari ini aku cuti. Maka aku akan mengemas kini blog yang agak berhabuk ini.
Aku baru berpeluang untuk menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Ya, setelah puas mendownload pagi2 selepas bangun dr tidur.
Itulah aktiviti aku bila cuti.
Hantu Kak Limah Balik Rumah sebuah filem bergenre komedi seram.. Nampak menarik, bukan? Tajuk pun sangat kemelayuan. Promosi hebat filem ini menarik ramai orang untuk menontonnya.Tapi malangnya cerita ini tidak menepati selera komedi aku. Bagi aku cerita ini cuma cerita biasa. Tak la kelakar mana pun. Sepanjang cerita aku tertunggu part yang boleh membuatkan aku akan menggulingkan badanku...
Hampa...
Sejam berlalu... cerita itu masih membosankan. Sebenarnya sebelum aku menonton cerita ini aku menaruh harapan yang agak tinggi berdasarkan komen2 yang aku dengar. Siap saja download aku dah tidak sabar lagi untuk melegakan otak fikiran aku. Harapan untuk sama2 memeriahkan alam ini dengan gelak ketawa. Tapi itu cuma di dalam mimpi..
Sehingga habis cerita aku tertanya2 jugak dimana kelakarnya filem ini? Apa yang buat orang ramai suka sangat dengan cerita seperti ini? Aku malas nak fikir sebab aku malas nak ambil tahu. Dalam hati nasib baik aku menonton di rumah saja. Kalau tidak melayang duit rm10 (mungkin) untuk tiket wayang..
Zombie Kampung Pisang lebih kelakar dari cerita ini.. Itu cuma pendapat aku. Kalau belum tengok boleh la nilai sendiri nanti.
Akan datang filem Muzikal Zombie. Cukuplah sekali aku menonton cerita seperti ini.
Serik rasanya
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 11:12:00 AM 0 comments
Say NO to valentine's day
Thursday, February 10, 2011
Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.
Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
Posted by Namaku Zarul at 2/10/2011 10:00:00 PM 0 comments
It's All About 25 Random Facts!
Monday, February 7, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/07/2011 10:31:00 PM 0 comments
OST Gemilang
Wednesday, February 2, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/02/2011 04:09:00 PM 0 comments
Tahun arnab
Tuesday, February 1, 2011
Semangat Tahun Arnab..
Tahun baru cina 2011 ini mengikut kalendar lunar adalah tahun arnab. Menurut pakar feng sui dari Good Geomantic Centre, Kenny Ho yang dipetik dari Kosmo Online.. "Tahun arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan. Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang rapat dengan sayur-sayuran dan juga segala jenis buah-buahan."
Binatang itu sangat comel. Di tambah dengan warna putih membuatkan ia begitu suci murni.
Bila sebut raya cina aku mula fikirkan mercun. Pada mlm itu nanti sila lengkapkan diri kamu dr segi mental dan fizikal melayan irama mercun. Pastikan kamu tidak tidur awal kerana bimbang kamu akan meracau2 di tengah malam.
Cuti... bestnya
Jangan jeles!
Posted by Namaku Zarul at 2/01/2011 11:19:00 PM 0 comments
Alkisahnya
Ini adalah cerita sebenar. Terjadi di depan mata aku sendiri.. Kisah seorang peminta sedekah yang menggunakan kerusi roda utk bergerak.Simpati? Simpan dulu rasa itu sehingga habis cerita ini.
Seorang lelaki melayu yang berumur lingkungan 50an. Aku kerap juga terjumpa pakcik ini ketika berurusan sama ada di stesen minyak atau di bank. 1st time aku jumpa pakcik ini semasa aku sedang mengisi minyak di Petronas. Dia datang dan meminta sedikit duit utk makan katanya. Atas dasar perikemanusiaan aku hulurkan sedikit wang. Dia akan lakukan perkara yang sama pd orang yang singgah utk mengisi minyak.
Aku juga pernah terserempak dgn pakcik ini di kaki2 lima kedai. Menunggu sambil mengharapkan simpati orang. Nampaknya pakcik ini mampu bergerak ke sana ke mari. Pada mulanya aku xkisah sangat. Tapi dalam hati tertanya2 la jugak. Tinggal sebatang kara ke pakcik ini? xde keluarga? anak2? Mengapa pakcik ini sanggup menadah tangan meminta belas ihsan orang? Persoalan tu aku biarkan saja.
Sehinggalah kejadian tengah hari td yang membuat aku mula berpandangan jahat buruk. Aku terserempak pakcik ini di kaki lima sebuah bank. Ketika itu aku ada urusan yg perlu di buat. Pakcik ini menunggu betul2 di depan pintu mesin ATM. Maknanya sesiapa yang keluarkan duit akan keluarkan duit sekali lagi untuk pakcik ini. Bijak! Ada seorang hamba Allah hulurkan rm10 pada pakcik itu. Aku nampak dan terus masuk ke dalam bank. Xsampai 5 minit lepas itu pakcik tu masuk sekali dalam bank. Heran jugak aku. Xkan sampai dalam sini pakcik ni minta sedekah. Apa urusan dia?
Rupa2 nya pakcik ini memang ada urusan. Dia beratur di kaunter Khas utk menyimpan duit. Aku nampak di tangannya tergengam buku bank dan duit. Wooww! hebatnya.
Aku mula berfikir berkali2 ganda..
Adakah pakcik ini betul2 terdesak memerlukan wang?
Adakah pakcik ini mengambil kesempatan dengan berkerusi roda minta simpati orang?
Agak2nya banyak mana duit dalam akaun pakcik itu?
Soalan yang tiada jawapan....
Posted by Namaku Zarul at 2/01/2011 10:30:00 PM 0 comments
Kawanku
Monday, January 31, 2011
Aku ada seorang kawan baik semasa aku masih study dulu. Biarlah aku namakan dia sebagai Leman sahaja. Leman adalah kwn sebilik aku. Orangnya hitam manis, kurus tapi xtinggi sangat. lebih kurang tinggi aku. Leman berasal dari negeri pantai timur, Terengganu. Aku pernah ke rumahnya sekali semasa ibunya meninggal dunia. Kesian Leman.. Masa tu kami sedang menghadapi minggu peperiksaan semester. Aku tengok Leman tabah dan kuat. Tapi aku tahu perasaan dia. Kehilangan orang yang tersayang mmg sukar utk di terima tapi sebagai hambaNya kita kena redha.
Perangai Leman sama seperti aku. Pendiam dan tak banyak bercakap. Mgkn kerana itu kami boleh rapat. Bayangkan kami boleh berdiam diri sepanjang jalan semasa menunggang motorsikal. nampak pelik.. Aku tgk orang lain boleh saja bersembang sampai terangkat tgn2. Boleh bergelak riang sambil menyanyi secara berduet di atas motorsikal.
Kami juga mempunyai minat yang sama. Suka berjalan2 dan menunggang motorsikal bersama. Selalu kami akan keluar berdua sekiranya ada tugasan. dh naik motorsikal kan. Takkan nak angkut satu rumah naik sekali. Leman adalah teman yang baik. Kami selalu berkongsi masalah.tapi dalam keadaan agak formal. Aku tidak tahu kenapa setiap kali aku bersama Leman aku lebih suka bersikap agak skema. Padahal kami rapat.
Aku juga ada kawan lain semasa aku masih belajar dulu. Aku ingin menggelarkannya sebagai Mat sahaja.Lebih mudah bukan. Namanya yang panjang membuatkan aku terfikir bagaimana keadaannya semasa bersekolah dahulu. Barangkali didadanya penuh dengan tanda nama (name tag). Mungkin dari dada kanan melintang hingga ke dada kiri. Mungkin! Kuatnya berimiginasi..Mat pun baik dan berasal dari Perak. Orangnya agak alim tapi berperangai gila2. aku suka! tidaklah rasa terasing sangat bila bersama dia. Si Mat ini seorang yang agak berhati2 dalam menguruskan wangnya (dengan kata yang lain kedekut) Setiap sen yang di keluarkan pasti akan di catatkan dalam diarinya.Aku kagum ketika itu kerana aku tidak pernah mempunyai diari seperti dia! Mempunyai kekasih yang belajar jauh di Jordan. Mereka hanya berhubung menerusi email. Sekali lagi aku kagum..Jangan jadikan jauh sebagai alasan utk sebuah cinta.
Aku masih ingat tentang seorang kawan yang aku gelarkan disini sebagai Din sahaja. Dia yang paling tinggi dan berbadan agak sasa. Kalau tgk muka memang boleh menaikkan rasa gerun sehingga 90%. Hatinya juga baik. Tapi lebih bersikap dominan dan xsuka orang membantah kata2nya. Kadang2 aku tidak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi memandangkan saiznya yg berganda lebih besar aku mengambil langkah selamat. Anggukkan kepala dalam keadaan terpaksa. Tapi kdg2 aku protes juga dalam tp dalam keadaan aman. Takut aku terpaksa menempah tempat di hospital.
Aku teringat dengan kenangan lama. Khabarnya Mat dah pun berkahwin dengan gadis Jordan itu. Begitu juga Din.. Alhamdulillah
Aku tumpang gembira...
Posted by Namaku Zarul at 1/31/2011 11:13:00 PM 0 comments
Gemilang
Setelah mbaca respon yg baik tentang cerita Gemilang ini maka aku dengan rela hati cuba utk mejadi salah seorang penonton cerita ini.
Arahan dari Khabir Bhatia yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi drama 'Nur Kasih'. Ketika itu semua berebut2 utk menjadi seperti Adam dan Nur Amina.Sungguh berkesan drama itu. Sampai termimpi2 aku utk menjadi lelaki seperti itu. Sibuk sungguh org bercerita kehebatan cerita itu hinggakan berharap setiap hari adalah hari Jumaat..
Ok mari kita lihat apa hebatnya cerita Gemilang ini pula. Nampak menarik dan lain dr cerita melayu tipikal.
Mari menonton... Ayuhlah!
GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.Gemilang, drama terbaru TV3 yang akan ditayangkan bermula 24hb Isnin ini jam 9.00 malam
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
Posted by Namaku Zarul at 1/31/2011 09:30:00 PM 0 comments
Hari ini
Hari ini aku sangat malas. Memandangkan opis ini agak lengang hari ini maka aku turut melengangkan diri untuk menulis di sini. Walaupun ada keje yang sedang menjeling ke arah aku sekarang tp aku bt 2 xnampak. Malas nak layan.
Memandangkan hari ini aku kelihatan tidak kacak seperti selalu (perasan bagus sangat) aku lebih banyak mendiamkan diri.Belum keluar satu patah perkataan pun dari mulut aku melainkan 'Ya dan OK'.. IIu pun sebab aku berinteraksi dgn bos aku. Kalau tidak kata2 itu akan menjadi basi dan seterusnya membuatkan org termuntah sebaik sahaja aku membuka mulut.
Cuaca agak mendung diluar..Sejok sampai ke tulang sum sum. Bkn kerana angin yg kuat tp penangan aircond yg terlampau ini membuatkan mood aku semakin turun.Mcm nak beku. Terasa ingin membungkus diri sendiri dan mengolekkannya diatas katil.
Perut mula terasa lapar.. Tp di sebabkan aku ingin kelihatan lebih berdaya saing maka aku buat2 xdgr rintihan dan raungan isi perut aku.sengaja aku menguatkan volume lagu yang aku pasang di pc ini.. Akhirnya jeritan itu tenggelam dengan bingitnya lagu yang aku sndiri xfaham.Biar jelah..
telinga ini juga menjadi mangsa. Apa salahnya telingaku?
Walaupun mood masih tidak dapat di jejak aku terpaksa juga mengagahkan diri siapkan keje yang berlonggok itu.
Doakan aku
Posted by Namaku Zarul at 1/31/2011 01:06:00 PM 0 comments
Surat untuk adik
Assalamualaikum adik
Cpt masa berlalu kan.. Dh 2 bulan adik pergi tinggalkan abg. Abg xpernah lupa tarikh tu, dik.. Itulah kali terakhir abg dpt lihat adik. Dan hari raya aidiladha itu mnjadi kenangan terakhir kita bersama..
Adik..
Maafkan abg sbb biarkan adik keluar sendirian pg tu.. Patutnya abg yang temankan adik kan. Kalau tak keadaan takkan jadi mcmni. Tp semuanya telah ditentukanNya. Kalau boleh biarlah nyawa abg sebagai gantinya. Adik masih terlalu muda utk pergi.. Tp abg xmampu dik.... Tiada apa yg abg boleh bt utk kembalikan adik ke dunia ini..
Adik..
Terlalu berat ujian ini.. Selepas adik pergi seharian mak asyik menangis.. Walaupun mgkn mak xmemahami apa2 tp mak dapat rasakan kehilangan adik. Mgkn rindu dgn kasih sayang adik selama menjaga mak.. Smua org terlalu rindukan adik. Hilang semua keceriaan dlm rumah ini...
Adik..
Terlalu banyak kenangan kita bersama. Byk benda yang abg nak ceritakan pada adik. Sejak adik pergi abg dh hilang tempat utk meluahkan segala rasa dan perasaan. Xde lg teman sebaik adik yang sanggup jadi pendengar dan penasihat setia. Abg masih ingat saat kita menghabiskan masa menonton rancangan kegemaran adik.. Kita akan gelak sama2 bila tgk Raja Lawak kan. Dan seperti biasa adik akan jadi pengkritik tidak bertauliah di luar gelanggang. Abg xpernah lupa, dik
Tp kini gelanggang itu tidak seriuh dulu.. xsama sejak adik pergi. Smuanya dah berubah...
Adik ..
Masih ingt kan psl seseorang yg abg penah ceritakan pada adik.. Dia yang bt abg rasa seolah2 dunia ini milik abg..Dan seperti biasa adik akan berlagak seperti seorg pakar motivasi yang selalu memberikan kata2 semangat.. Meminta abg supaya jangan cpt putus asa.. Abg xpernah mengalah tp keadaan xmengizinkan utk abg terus bertahan.Dia xpernah perlukan abg, dik. Bg dia abg cuma kawan biasa saja.. Dia tak jawab call dan sms abg sbb dia tak mau bagi abg apa2 harapan. Sedih sangat abg rasa, dik.. abg xde tempat langsung di hati dia walaupun cuma sebagai kawan.Benci btl dia pada abg, dik...Maafkan abg sebab abg xdpt tunaikan impian adik. Abg bukan saja kehilangan adik tp juga kehilangan dia..
Adik..
Abg dh xmampu utk menulis lg.. Abg terlalu rindukan adik. Kalau lah abg dberi kesempatan walaupun sesaat abg nak pelok adik kuat2.
Abg doakan adik sentiasa dibawah rahmatNya. Moga roh adik di cucuri rahmat..
Al Fatihah utk adik kesayanganku yang telah kembali ke rahmatullah pada Nov 2010.
Posted by Namaku Zarul at 1/31/2011 12:46:00 AM 0 comments
Sesekali Rindu Datang..
Sunday, January 30, 2011
Posted by Namaku Zarul at 1/30/2011 02:54:00 PM 0 comments
Terbaik
Siapa Raja Siri Super?
Baiklah.. mari kita beralih fikiran ke satu lg pertandingan terbaik yg akan blangsung hari ini. Pertemuan Lee Chong Wei dan Lin Dan pd final Terbuka Korea.
Ini peluang terbaik utk Chong Wei membalas dendam atas kekalahannya kpd Lin Dan ketika final Sukan Asia di Ghuangzhou, China thn lepas.Chong Wei selaku pemain no 1 dunia pasti ingin melunaskan dendam ke atas pemain dr China itu yg sering menghampakannya pada kejohanan besar.
Buat peminat badminton pastinya dh tak sabar ingin melihat kedua2 pemain ini beraksi di pentas final pkl 6 ptg ni
Good luck Lee Chong Wei. All the best!
BERITA TIDAK BAIK : Chong Wei tewas lagi kpd Lin Dan
Dh macam Karam Singh Walia.
Aku pun xfaham knp
Jangan tanya
Posted by Namaku Zarul at 1/30/2011 01:04:00 PM 0 comments
Kini bermula
Saturday, January 29, 2011
Liga Super kini bermula...
Pastinya pertemuan Selangor dan Kelantan mjadi tumpuan utk mburu Piala Sultan Ahmad Shah pd saingan pembuka tirai Liga Super mlmni..
Walaupun aku xde kena mengena dgn team merah putih itu (kecuali baju yg aku pakai skrg) aku lbh memilih utk Kelantan menang..
Gomo Klate gomo..
Kita tgk sapa yg kena malam ni...
Lupa pulak nk wish utk team kesayangan aku... Hrp thn ini adalah tahun terbaik utk team Hijau Kuning.
Good Luck!
Akhirnya Kelantan menang 2-0 ke atas Selangor. Tahniah kelantan atas kejayan pertama pd plawanan yg pertama...
Posted by Namaku Zarul at 1/29/2011 10:11:00 PM 0 comments
Adnan punya hal
Wednesday, January 26, 2011
Astro Prima, setiap Rabu 10 malam
lps ini sila menjerit utk Tangisan Langsuir
psst..Nsb baik la hang xnyanyi mlmni angah
klu x samp subuh aku dok ulang2 lagu tu..
Posted by Namaku Zarul at 1/26/2011 10:36:00 PM 0 comments
Lagu
Posted by Namaku Zarul at 1/26/2011 01:16:00 AM 0 comments