Dah 6 bulan rupanya tempoh utk bayar saman ni. Aku tak perasan pulak. Rasa macam baru je umum. Tu la bila selalu buat endah tak endah saja. Bila dah nak tamat mula lah gelabah.. biasa la kan.
Aku sampai kat balai polis cawangan Trafik Kulim dalam pukul 1 ptg. Masa tu orang boleh la tahan. Dalam 30minit aku beratur buat semakan saman. Okey lagi. Tengok kaunter pembayaran masih tutup. sempat lagi rehat dari pukul 12.30 - 2 ptg. Orang dah makin ramai. Nombor giliran untuk pembayaran saman aku tak dapat lagi. Tgk masing2 pegang nombor giliran erat2. Aku jeling dengan pandangan penuh irihati.
Tak lama kemudian seorang anggota polis edarkan nombor giliran. Dapat saja ditangan aku rasa macam nak terkeluar biji mata.. Aku sungguh kagum sekali dengan nombor giliran yang aku dapat. Nombor 80 lebih.. orang yang dapat nombor 1 pun xdapat bayar lagi. Bermakna aku harus menunggu sehingga orang yang ke 80. Hebat bukan?
Tengok jam baru pukul 1.45ptg. Kaunter masih belum dibuka. Kelihatan orang yang di dalam kaunter sedang seronok2 bergumbira tanpa menghiraukan keadaan kami yang seperti pulut panggang. Sungguh panas sekali bila bersesak begitu. Dalam hati dah macam2 perkataan yang kurang sesuai untuk di paparkan disini.. Sabar....
Fikir aku mungkin no giliran tidak digunakan. Iyelah orang dah bepusu2 depan kaunter seolah2 sedang menanti bantuan duit hari raya. Niat aku nak makan tengah hari terpaksa aku lupakan dulu. Pukul 2 ptg saja kaunter mula di buka. Cuma satu saja. Cekapnya polis melaksanakan tugasnya. Dalam orang yang padat macam sardin dalam tin cuma satu saja kaunter dibuka. Tiba2 kedengaran suara yang sungguh nyaring lagi tidak berapa merdu melaungkan nombor 1... nombor 2...nombor 3.......................
Aku tengok jam di tangan. Sudah 2.10 petang tapi orang yang bernombor satu itu masih belum selesai. Sungguh lama sekali, bukan. 5 minit kemudian baru nombor 2 dan seterusnya. Maka aku terpaksa menerima hakikat nombor giliran memang digunakan sepenuhnya. Aku mengambil keputusan untuk makan dulu. Nasib baik ada kedai nasi kandar.hehe
Pukul 3......
Pukul 4......
Orang makin ramai. Beratur panjang untuk buat semakan saman. Nak bayar dah tak boleh sebab nombor giliran untuk petang tu dah habis. Kena datang lagi esok. Mula2 aku cuma tengok dari jauh saja. Orang punyalah ramai depan kaunter pembayaran macam semut hurung air sirap. Aku pun terus ikut serta bersama semut2 yang lain menghirup air manis itu. Tiba2 ada hamba Allah yang sangat baik hati memberikan nombor gilirannya kepada aku.Lebih awal dari apa yang aku jangkakan. Tak lama selepas itu segala urusan pengeluaran duit untuk saman berjaya dilakukan.. aku hanya mampu melihat duit bertukar tangan dengan cik kak polis itu.
Sedih.... duit melayang lagi...
Pandulah dengan cermat.. Duit anda pun jimat
Jangan pandu laju nanti mati kutu
Macam aku..........
Bayar la lewat lagi
Tuesday, March 1, 2011
Posted by Namaku Zarul at 3/01/2011 10:12:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment