Bunyi macam mengeluh saja kan tapi sebenarnya ya tidak. Aku pernah terbaca dalam blog (maaf aku terlupa nama blog itu) tips bila kita putus cinta.
Dah banyak yang kita boleh baca dan dengar bagaimana menghadapi saat2 putus cinta ini.
Tapi dalam banyak2 info yang aku baca aku amat tertarik dengan satu tips ini iaitu :
Simpan semua barang kenangan kamu dengannya
Ya..aku amat bersetuju dengan cara yang satu ini. Tidak ada gunanya kamu membuang semua kenangan kamu dengannya selagi dia ada dalam hati kamu. Ketika putus cinta kali pertama dulu aku juga lakukan perkara yang sama. Sehinggalah sampai satu masa aku melepaskan satu2 pergi dari hidup aku. Aku tidak lagi menyimpan kenangan lama itu lagi.
Cinta kali kedua membuatkan aku terlupa pada kisah dulu. Sehingga kini aku masih lagi menyimpan semua kenangan itu. Walaupun sekejap saja tapi cukup bermakna bagi aku.Sms dia yang pertama masih lg tersimpan di dalam telefon bimbit aku. Aku tidak pernah memadam walau satu pun sms atau mesej yang aku terima atau hantar kepada dia. Bukan untuk dijadikan bukti atau di tunjukkan pada sesiapa tapi hanya itu cara untuk mengubat rasa dalam hati aku.Ya, aku masih teringatkan dia.Tidak pernah satu hari pun aku berhenti dari memikirkan dia walaupun aku cuma dpt mengikuti perkembangannya melalui FB. Aku harap dia sentiasa dalam keadaan yang baik2 saja
"Anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya"
Pelik tapi itulah kenyataanya
Aku percaya masa adalah penyembuh yang terbaik.
Tips lain
Berhenti menyalahkan pasangan kamu
Ini untuk mengelak dr wujudnya perasaan dendam dan rasa tidak puas hati.Gejala dari perasaan ini amatlah membimbangkan.Jangan turutkan rasa marah dan banyakkan bersabar
Beri masa pada diri sendiri
Tidak perlu tetapkan masa untuk kamu lupakan kisah sedih itu. Biarlah masa yang akan mengubat segala sakit yang kamu rasa.
Teruskan berhubung walaupun mungkin kamu tidak akan dilayan
Bersedia untuk menerima penolakan kerana sms kamu tidak akan di balas dan panggilan kamu tidak akan di jawab. Pujuklah hati dan cuba untuk menerima kekalahan kamu.
Jangan lupa sentiasa memohon pertolongan dariNya agar hati kamu sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan hidup.
Selamat mencuba (untuk aku juga)
0 comments:
Post a Comment