Surat untuk adik

Monday, January 31, 2011

Assalamualaikum adik


Cpt masa berlalu kan.. Dh 2 bulan adik pergi tinggalkan abg. Abg  xpernah lupa tarikh tu, dik.. Itulah kali terakhir abg dpt lihat adik.  Dan hari  raya aidiladha itu mnjadi kenangan terakhir kita bersama..


Adik.. 


Maafkan abg sbb biarkan adik keluar sendirian pg tu.. Patutnya abg yang temankan adik kan. Kalau tak keadaan takkan jadi mcmni. Tp semuanya telah ditentukanNya. Kalau boleh biarlah nyawa abg sebagai gantinya. Adik masih terlalu muda utk pergi.. Tp abg xmampu dik.... Tiada apa yg abg boleh bt utk kembalikan adik ke dunia ini..


Adik..


Terlalu berat ujian ini.. Selepas adik pergi seharian mak asyik menangis.. Walaupun mgkn mak xmemahami apa2 tp mak dapat rasakan kehilangan adik. Mgkn rindu dgn kasih sayang adik selama menjaga mak.. Smua org terlalu rindukan adik. Hilang semua keceriaan dlm rumah ini...


Adik..


Terlalu banyak kenangan kita bersama. Byk benda yang abg nak ceritakan pada adik. Sejak adik pergi abg dh hilang tempat utk meluahkan segala rasa dan perasaan. Xde lg teman sebaik adik yang sanggup jadi pendengar dan penasihat setia. Abg masih ingat saat kita menghabiskan masa menonton rancangan kegemaran adik.. Kita akan gelak sama2 bila tgk Raja Lawak kan. Dan seperti biasa adik akan jadi pengkritik tidak bertauliah di luar gelanggang. Abg xpernah lupa, dik


Tp kini gelanggang itu tidak seriuh dulu.. xsama sejak adik pergi. Smuanya dah berubah...


Adik ..


Masih ingt kan psl seseorang yg abg penah ceritakan pada adik.. Dia yang bt abg rasa seolah2 dunia ini milik abg..Dan seperti biasa adik akan berlagak seperti seorg pakar motivasi yang selalu memberikan kata2 semangat.. Meminta abg supaya jangan cpt putus asa.. Abg xpernah mengalah tp keadaan xmengizinkan utk abg terus bertahan.Dia xpernah perlukan abg, dik. Bg dia abg cuma kawan biasa saja.. Dia tak jawab call dan sms abg sbb dia tak mau bagi abg apa2 harapan. Sedih sangat abg rasa, dik.. abg xde tempat langsung di hati dia walaupun cuma sebagai kawan.Benci btl dia pada abg, dik...Maafkan abg sebab abg xdpt tunaikan impian adik. Abg bukan saja kehilangan adik tp juga kehilangan dia..




Adik..


Abg dh xmampu utk menulis lg.. Abg terlalu rindukan adik. Kalau lah abg dberi kesempatan walaupun sesaat abg nak pelok adik kuat2.
Abg doakan adik sentiasa dibawah rahmatNya. Moga roh adik di cucuri rahmat..


Al Fatihah utk adik kesayanganku yang telah kembali ke rahmatullah pada Nov 2010.

0 comments: