Hantu Kak Limah

Sunday, February 13, 2011

Hari ini aku cuti. Maka aku akan mengemas kini blog yang agak berhabuk ini.


Aku baru berpeluang untuk menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Ya, setelah puas mendownload  pagi2 selepas bangun dr tidur.
Itulah aktiviti aku bila cuti. 


Hantu Kak Limah Balik Rumah sebuah filem bergenre komedi seram.. Nampak menarik, bukan? Tajuk pun sangat kemelayuan. Promosi hebat filem ini menarik ramai orang untuk menontonnya.Tapi malangnya cerita ini tidak menepati selera komedi aku. Bagi aku cerita ini cuma cerita biasa. Tak la kelakar mana pun. Sepanjang cerita aku tertunggu part yang boleh membuatkan aku akan menggulingkan badanku...


Hampa...


Sejam berlalu... cerita itu masih membosankan. Sebenarnya sebelum aku menonton cerita ini aku menaruh harapan yang agak tinggi berdasarkan komen2 yang aku dengar. Siap saja download aku dah tidak sabar lagi untuk melegakan otak fikiran aku. Harapan untuk sama2 memeriahkan alam ini dengan gelak ketawa. Tapi itu cuma di dalam mimpi..




Sehingga habis cerita aku tertanya2 jugak dimana kelakarnya filem ini? Apa yang buat orang ramai suka sangat dengan cerita seperti ini? Aku malas nak fikir sebab aku malas nak ambil tahu. Dalam hati nasib baik aku menonton di rumah saja. Kalau tidak melayang duit rm10 (mungkin) untuk tiket wayang..


Zombie Kampung Pisang lebih kelakar dari cerita ini.. Itu cuma pendapat aku. Kalau belum tengok boleh la nilai sendiri nanti.


Akan datang filem Muzikal Zombie. Cukuplah sekali aku menonton cerita seperti ini.


Serik rasanya

0 comments: