Selagi ada waktu
Monday, February 21, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/21/2011 10:57:00 PM 0 comments
Susahnya nak melupakan
Sunday, February 13, 2011
"Anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakannya"
Pelik tapi itulah kenyataanya
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 03:25:00 PM 0 comments
Ragut
Semalam Nasha Aziz... Hari ini Norlia Ghani pulak
Kedua2 artis ini menjadi mangsa ragut yang makin menjadi2 sekarang ini. Bukan sikit2 duit yang lesap itu. Nasha diragut rm40,000 dan Norlia rm8,000. Sayangnya duit....
Macam2 boleh buat dengan duit sebanyak tu. Tukar enjin, adjustable absorber, rims bla bla....(macam ada banyak duit)
Ragut bukan saja kehilangan harta benda tapi juga nyawa. Kes terbaru seorang mangsa ragut yang meninggal dunia setelah beberapa hari koma (sumber kosmo online ) Malangnya bagi wanita itu yang menjadi mangsa orang yang tidak berperi kemanusiaan.Dunia sekarang membuatkan orang sanggup buat apa saja untuk hidup.
Aku ambil gambar ini semasa aku di dalam kereta. Lokasi persimpangan lampu isyarat Sungai Petani. Lihat gambar ini betul2.. Tindakan ini sebenarnya mengundang jenayah terutamanya ragut. Penunggang dan pembonceng motorsikal kena lebih berhati2 terutamanya membawa beg tangan. Lebih baik bawa barang2 yang penting saja dan simpan dalam poket. Kalau pun perlu membawa beg simpan di bawah seat (kebanyakan motorsikal sekarang mempunyai ruang di bawah)
Selalu juga aku berdepan dengan situasi seperti ini. Beg letak dalam raga, dompet terkeluar dari poket belakang....
Jangan la buat macam tu cik kak......... Bahaya!
Pentingkan keselamatan diri..Nyawa cuma dipinjamkan sekali sahaja
Fikirlah
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 12:58:00 PM 0 comments
Hantu Kak Limah
Hari ini aku cuti. Maka aku akan mengemas kini blog yang agak berhabuk ini.
Aku baru berpeluang untuk menonton cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Ya, setelah puas mendownload pagi2 selepas bangun dr tidur.
Itulah aktiviti aku bila cuti.
Hantu Kak Limah Balik Rumah sebuah filem bergenre komedi seram.. Nampak menarik, bukan? Tajuk pun sangat kemelayuan. Promosi hebat filem ini menarik ramai orang untuk menontonnya.Tapi malangnya cerita ini tidak menepati selera komedi aku. Bagi aku cerita ini cuma cerita biasa. Tak la kelakar mana pun. Sepanjang cerita aku tertunggu part yang boleh membuatkan aku akan menggulingkan badanku...
Hampa...
Sejam berlalu... cerita itu masih membosankan. Sebenarnya sebelum aku menonton cerita ini aku menaruh harapan yang agak tinggi berdasarkan komen2 yang aku dengar. Siap saja download aku dah tidak sabar lagi untuk melegakan otak fikiran aku. Harapan untuk sama2 memeriahkan alam ini dengan gelak ketawa. Tapi itu cuma di dalam mimpi..
Sehingga habis cerita aku tertanya2 jugak dimana kelakarnya filem ini? Apa yang buat orang ramai suka sangat dengan cerita seperti ini? Aku malas nak fikir sebab aku malas nak ambil tahu. Dalam hati nasib baik aku menonton di rumah saja. Kalau tidak melayang duit rm10 (mungkin) untuk tiket wayang..
Zombie Kampung Pisang lebih kelakar dari cerita ini.. Itu cuma pendapat aku. Kalau belum tengok boleh la nilai sendiri nanti.
Akan datang filem Muzikal Zombie. Cukuplah sekali aku menonton cerita seperti ini.
Serik rasanya
Posted by Namaku Zarul at 2/13/2011 11:12:00 AM 0 comments
Say NO to valentine's day
Thursday, February 10, 2011
Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Isra: 32)
Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram.
Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri.
Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka.
Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh.
Posted by Namaku Zarul at 2/10/2011 10:00:00 PM 0 comments
It's All About 25 Random Facts!
Monday, February 7, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/07/2011 10:31:00 PM 0 comments
OST Gemilang
Wednesday, February 2, 2011
Posted by Namaku Zarul at 2/02/2011 04:09:00 PM 0 comments
Tahun arnab
Tuesday, February 1, 2011
Semangat Tahun Arnab..
Tahun baru cina 2011 ini mengikut kalendar lunar adalah tahun arnab. Menurut pakar feng sui dari Good Geomantic Centre, Kenny Ho yang dipetik dari Kosmo Online.. "Tahun arnab melambangkan tuah dan membawa unsur kayu. Kayu secara simboliknya membawa maksud kekayaan, kemakmuran dan kesihatan. Tiga elemen berkenaan, kata Kenny, mempunyai kaitan yang rapat dengan sayur-sayuran dan juga segala jenis buah-buahan."
Binatang itu sangat comel. Di tambah dengan warna putih membuatkan ia begitu suci murni.
Bila sebut raya cina aku mula fikirkan mercun. Pada mlm itu nanti sila lengkapkan diri kamu dr segi mental dan fizikal melayan irama mercun. Pastikan kamu tidak tidur awal kerana bimbang kamu akan meracau2 di tengah malam.
Cuti... bestnya
Jangan jeles!
Posted by Namaku Zarul at 2/01/2011 11:19:00 PM 0 comments
Alkisahnya
Ini adalah cerita sebenar. Terjadi di depan mata aku sendiri.. Kisah seorang peminta sedekah yang menggunakan kerusi roda utk bergerak.Simpati? Simpan dulu rasa itu sehingga habis cerita ini.
Seorang lelaki melayu yang berumur lingkungan 50an. Aku kerap juga terjumpa pakcik ini ketika berurusan sama ada di stesen minyak atau di bank. 1st time aku jumpa pakcik ini semasa aku sedang mengisi minyak di Petronas. Dia datang dan meminta sedikit duit utk makan katanya. Atas dasar perikemanusiaan aku hulurkan sedikit wang. Dia akan lakukan perkara yang sama pd orang yang singgah utk mengisi minyak.
Aku juga pernah terserempak dgn pakcik ini di kaki2 lima kedai. Menunggu sambil mengharapkan simpati orang. Nampaknya pakcik ini mampu bergerak ke sana ke mari. Pada mulanya aku xkisah sangat. Tapi dalam hati tertanya2 la jugak. Tinggal sebatang kara ke pakcik ini? xde keluarga? anak2? Mengapa pakcik ini sanggup menadah tangan meminta belas ihsan orang? Persoalan tu aku biarkan saja.
Sehinggalah kejadian tengah hari td yang membuat aku mula berpandangan jahat buruk. Aku terserempak pakcik ini di kaki lima sebuah bank. Ketika itu aku ada urusan yg perlu di buat. Pakcik ini menunggu betul2 di depan pintu mesin ATM. Maknanya sesiapa yang keluarkan duit akan keluarkan duit sekali lagi untuk pakcik ini. Bijak! Ada seorang hamba Allah hulurkan rm10 pada pakcik itu. Aku nampak dan terus masuk ke dalam bank. Xsampai 5 minit lepas itu pakcik tu masuk sekali dalam bank. Heran jugak aku. Xkan sampai dalam sini pakcik ni minta sedekah. Apa urusan dia?
Rupa2 nya pakcik ini memang ada urusan. Dia beratur di kaunter Khas utk menyimpan duit. Aku nampak di tangannya tergengam buku bank dan duit. Wooww! hebatnya.
Aku mula berfikir berkali2 ganda..
Adakah pakcik ini betul2 terdesak memerlukan wang?
Adakah pakcik ini mengambil kesempatan dengan berkerusi roda minta simpati orang?
Agak2nya banyak mana duit dalam akaun pakcik itu?
Soalan yang tiada jawapan....
Posted by Namaku Zarul at 2/01/2011 10:30:00 PM 0 comments