Kawanku

Monday, January 31, 2011

Kerana tidak mahu terus meleret2 dgn rasa sedih maka aku ingin bercerita tentang kawan2 aku. Kenangan semasa aku masih muda dahulu. Sekarang pun aku masih muda cuma umur saja makin bertambah.Mari aku perkenalkan dgn kawan2 aku.


Aku ada seorang kawan baik semasa aku masih study dulu. Biarlah aku namakan dia sebagai Leman sahaja. Leman adalah kwn sebilik aku. Orangnya hitam manis, kurus tapi xtinggi sangat. lebih kurang tinggi aku. Leman berasal dari negeri pantai timur, Terengganu. Aku pernah ke rumahnya sekali semasa ibunya meninggal dunia. Kesian Leman.. Masa tu kami sedang menghadapi minggu peperiksaan semester. Aku tengok Leman tabah dan kuat. Tapi aku tahu perasaan dia. Kehilangan orang yang tersayang mmg sukar utk di terima tapi sebagai hambaNya kita kena redha.


Perangai Leman sama seperti aku. Pendiam dan tak banyak bercakap. Mgkn kerana itu kami boleh rapat. Bayangkan kami boleh berdiam diri sepanjang jalan semasa menunggang motorsikal. nampak pelik.. Aku tgk orang lain boleh saja bersembang sampai terangkat tgn2. Boleh bergelak riang sambil menyanyi secara berduet di atas motorsikal. 


Kami juga mempunyai minat yang sama. Suka berjalan2 dan menunggang motorsikal bersama. Selalu kami akan keluar berdua sekiranya ada tugasan. dh naik motorsikal kan. Takkan nak angkut satu rumah naik sekali. Leman adalah teman yang baik. Kami selalu berkongsi masalah.tapi dalam keadaan agak formal. Aku tidak tahu kenapa setiap kali aku bersama Leman aku lebih suka bersikap agak skema. Padahal kami rapat. 


Aku juga ada kawan lain semasa aku masih belajar dulu. Aku ingin menggelarkannya sebagai  Mat sahaja.Lebih mudah bukan. Namanya yang panjang membuatkan aku terfikir bagaimana keadaannya semasa bersekolah dahulu. Barangkali didadanya penuh dengan tanda nama (name tag). Mungkin dari dada kanan melintang hingga ke dada kiri. Mungkin! Kuatnya berimiginasi..Mat pun baik dan berasal dari Perak. Orangnya agak alim tapi berperangai gila2. aku suka! tidaklah rasa terasing sangat bila bersama dia. Si Mat ini seorang yang agak berhati2 dalam menguruskan wangnya (dengan kata yang lain kedekut) Setiap sen yang di keluarkan pasti akan di catatkan dalam diarinya.Aku kagum ketika itu kerana aku tidak pernah mempunyai diari seperti dia! Mempunyai kekasih yang belajar jauh di Jordan. Mereka hanya berhubung menerusi email. Sekali lagi aku kagum..Jangan jadikan jauh sebagai alasan utk sebuah cinta. 


Aku masih ingat tentang seorang kawan yang aku gelarkan disini sebagai Din sahaja. Dia yang paling tinggi dan berbadan agak sasa. Kalau tgk muka memang boleh menaikkan rasa gerun sehingga 90%. Hatinya juga baik. Tapi lebih bersikap dominan dan xsuka orang membantah kata2nya. Kadang2 aku tidak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi memandangkan saiznya yg berganda lebih besar aku mengambil langkah selamat. Anggukkan kepala dalam keadaan terpaksa. Tapi kdg2 aku protes juga dalam tp dalam keadaan aman. Takut aku terpaksa menempah tempat di hospital.


Aku teringat dengan kenangan lama. Khabarnya Mat dah pun berkahwin dengan gadis Jordan itu. Begitu juga Din.. Alhamdulillah


Aku tumpang gembira...




Tiada Leman atau Din dalam gambar ini.Ini kenangan
masa aku di sekolah menengah dulu :)
Apa kaitannya dgn cerita di atas?

Tak ada..

Gemilang

Setelah mbaca respon yg baik tentang cerita Gemilang ini maka aku dengan rela hati cuba utk mejadi salah seorang penonton cerita ini.


Arahan dari Khabir Bhatia yang pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi drama 'Nur Kasih'. Ketika itu semua berebut2 utk menjadi seperti Adam dan Nur Amina.Sungguh berkesan drama itu. Sampai termimpi2 aku utk menjadi lelaki seperti itu. Sibuk sungguh org bercerita kehebatan cerita itu hinggakan berharap setiap hari adalah hari Jumaat..


Ok mari kita lihat apa hebatnya cerita Gemilang ini pula. Nampak menarik dan lain dr cerita melayu tipikal.


Mari menonton... Ayuhlah!






GEMILANG menyingkap perjuangan seorang pemuda untuk membela nasib golongan pelajar yang terpinggir dengan menubuhkan sekolah swasta yang pertama (Insititut Gemilang) di kawasan pedalaman pada tahun 1977 bagi menjamin masa depan mereka.
    
GEMILANG memaparkan pelakon-pelakon muda yang semakin popular seperti Shah Jaszle, Tiz Zaqyah, Kamal Adli dan Tasha Shilla serta dibantu oleh Dato’ Jalaludin Hassan, Talha Harith, Muniff Isa, Kpenq Zulkifli, Puteri Chi Chi, Amin, Gregory Sze Lai Huat, Qishz, Nash dan Diandra Arjunaidi.
Gemilang, drama terbaru TV3 yang akan ditayangkan bermula 24hb Isnin ini jam 9.00 malam 

Hari ini

Hari ini aku sangat malas. Memandangkan opis ini agak lengang hari ini maka aku turut melengangkan diri untuk menulis di sini. Walaupun ada keje yang sedang menjeling ke arah aku sekarang tp aku bt 2 xnampak. Malas nak layan. 

Permulaan hari yang kurang baik utk aku.. Bangun tidur saja muka dah sembab. Mgkin banyak sangat melayan perasaan semalam. Dh suruh tdo degil... Padan muka aku * tepuk tangan..


Memandangkan hari ini aku kelihatan tidak kacak seperti selalu (perasan bagus sangat) aku lebih banyak mendiamkan diri.Belum keluar satu patah perkataan pun dari mulut aku melainkan 'Ya dan OK'.. IIu pun sebab aku berinteraksi dgn bos aku. Kalau tidak kata2 itu akan menjadi basi dan seterusnya membuatkan org termuntah sebaik sahaja aku membuka mulut.


Cuaca agak mendung diluar..Sejok sampai ke tulang sum sum. Bkn kerana angin yg kuat tp penangan aircond yg terlampau ini membuatkan mood aku semakin turun.Mcm nak beku. Terasa ingin membungkus diri sendiri dan mengolekkannya diatas katil. 


Perut mula terasa lapar.. Tp di sebabkan aku ingin kelihatan lebih berdaya saing maka aku buat2 xdgr rintihan dan raungan isi perut aku.sengaja aku menguatkan volume lagu yang aku pasang di pc ini.. Akhirnya jeritan itu tenggelam dengan bingitnya lagu yang aku sndiri xfaham.Biar jelah..
telinga ini juga menjadi mangsa. Apa salahnya telingaku?


Walaupun mood masih tidak dapat di jejak aku terpaksa juga mengagahkan diri siapkan keje yang berlonggok itu.


Doakan aku




Surat untuk adik

Assalamualaikum adik


Cpt masa berlalu kan.. Dh 2 bulan adik pergi tinggalkan abg. Abg  xpernah lupa tarikh tu, dik.. Itulah kali terakhir abg dpt lihat adik.  Dan hari  raya aidiladha itu mnjadi kenangan terakhir kita bersama..


Adik.. 


Maafkan abg sbb biarkan adik keluar sendirian pg tu.. Patutnya abg yang temankan adik kan. Kalau tak keadaan takkan jadi mcmni. Tp semuanya telah ditentukanNya. Kalau boleh biarlah nyawa abg sebagai gantinya. Adik masih terlalu muda utk pergi.. Tp abg xmampu dik.... Tiada apa yg abg boleh bt utk kembalikan adik ke dunia ini..


Adik..


Terlalu berat ujian ini.. Selepas adik pergi seharian mak asyik menangis.. Walaupun mgkn mak xmemahami apa2 tp mak dapat rasakan kehilangan adik. Mgkn rindu dgn kasih sayang adik selama menjaga mak.. Smua org terlalu rindukan adik. Hilang semua keceriaan dlm rumah ini...


Adik..


Terlalu banyak kenangan kita bersama. Byk benda yang abg nak ceritakan pada adik. Sejak adik pergi abg dh hilang tempat utk meluahkan segala rasa dan perasaan. Xde lg teman sebaik adik yang sanggup jadi pendengar dan penasihat setia. Abg masih ingat saat kita menghabiskan masa menonton rancangan kegemaran adik.. Kita akan gelak sama2 bila tgk Raja Lawak kan. Dan seperti biasa adik akan jadi pengkritik tidak bertauliah di luar gelanggang. Abg xpernah lupa, dik


Tp kini gelanggang itu tidak seriuh dulu.. xsama sejak adik pergi. Smuanya dah berubah...


Adik ..


Masih ingt kan psl seseorang yg abg penah ceritakan pada adik.. Dia yang bt abg rasa seolah2 dunia ini milik abg..Dan seperti biasa adik akan berlagak seperti seorg pakar motivasi yang selalu memberikan kata2 semangat.. Meminta abg supaya jangan cpt putus asa.. Abg xpernah mengalah tp keadaan xmengizinkan utk abg terus bertahan.Dia xpernah perlukan abg, dik. Bg dia abg cuma kawan biasa saja.. Dia tak jawab call dan sms abg sbb dia tak mau bagi abg apa2 harapan. Sedih sangat abg rasa, dik.. abg xde tempat langsung di hati dia walaupun cuma sebagai kawan.Benci btl dia pada abg, dik...Maafkan abg sebab abg xdpt tunaikan impian adik. Abg bukan saja kehilangan adik tp juga kehilangan dia..




Adik..


Abg dh xmampu utk menulis lg.. Abg terlalu rindukan adik. Kalau lah abg dberi kesempatan walaupun sesaat abg nak pelok adik kuat2.
Abg doakan adik sentiasa dibawah rahmatNya. Moga roh adik di cucuri rahmat..


Al Fatihah utk adik kesayanganku yang telah kembali ke rahmatullah pada Nov 2010.

Sesekali Rindu Datang..

Sunday, January 30, 2011



Lagu terakhir arwah Shamrin..


10 thn lg akan rindukah kau padaku.....





Terbaik

Siapa Raja Siri Super?


Baiklah.. mari kita beralih fikiran ke satu lg pertandingan terbaik yg akan blangsung hari ini. Pertemuan Lee Chong Wei dan Lin Dan pd final Terbuka Korea.


Ini peluang terbaik utk Chong Wei membalas dendam atas kekalahannya kpd Lin Dan ketika final Sukan Asia di Ghuangzhou, China thn lepas.Chong Wei selaku pemain no 1 dunia pasti ingin melunaskan dendam ke atas pemain dr China itu yg sering menghampakannya pada kejohanan besar.


Buat peminat badminton pastinya dh tak sabar ingin melihat kedua2 pemain ini beraksi di pentas final pkl 6 ptg ni


Good luck Lee Chong Wei. All the best!


BERITA TIDAK BAIK : Chong Wei tewas lagi kpd Lin Dan 






Dh macam Karam Singh Walia.


Aku pun xfaham knp
Jangan tanya

Kini bermula

Saturday, January 29, 2011

Liga Super kini bermula...


Pastinya pertemuan Selangor dan Kelantan mjadi tumpuan utk mburu Piala Sultan Ahmad Shah pd saingan pembuka tirai Liga Super mlmni..
Walaupun aku xde kena mengena dgn team merah putih itu (kecuali baju yg aku pakai skrg) aku lbh memilih utk Kelantan menang..
Gomo Klate gomo..


Kita tgk sapa yg kena malam ni... 


Lupa pulak nk wish utk team kesayangan aku... Hrp thn ini adalah tahun terbaik utk team Hijau Kuning.


Good Luck! 


Akhirnya Kelantan menang 2-0 ke atas Selangor. Tahniah kelantan atas kejayan pertama pd plawanan yg pertama...

Adnan punya hal

Wednesday, January 26, 2011







Adnan Sempit the series
Astro Prima, setiap Rabu 10 malam


Minat pulak aku dgn cite berepisod ni

dh masuk episod 9 pn


Sempit bukan rempit 

dalam hati ada taman.


mari tgk cite ni secara berjemaah




Mari kita gelak dulu 
lps ini sila menjerit utk Tangisan Langsuir










psst..Nsb baik la hang xnyanyi mlmni angah
klu x samp subuh aku dok ulang2 lagu tu..

Lagu

"Sayangku.. tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga 
Ingin kusuntingmu menjadi milikku 
Lantas kuabadikan dalam jiwaku"


Masalah btl la
Aku dok nyanyi lagu ni dr td
Gara2 Adnan sempit the series ni
Sampai dh xleh nk fikir lagu lain


Ni smua salah angah..
Sapa srh nyanyi lagu ni...

Kan aku dh terikut


Cinta lelaki

Tuesday, January 25, 2011

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati. 

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri. 



Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

  • Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

  • Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

  • Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

  • Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

  • Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.

  • Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

  • kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

  • Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

  • Lega apabila pasangan memujuknya.

  • Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

  • Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

  • Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

Ermmm

Monday, January 24, 2011

Aku cuba utk tdo awal... 


pejam mata.. pejam mata.. pejam mata




Gagal




Aku xblh tdo


Teringat pada seseorang


Apa agaknya khabar dia di sana...


"awak... hrp awak akan sihat selalu"






Hati.. knp kau xpnh faham

Jika

Sunday, January 23, 2011

Jika cinta sejati kerapkali harus melalui beribu rintangan


Kumohon kali ini pada Tuhan 




untuk memberiku sedikit kelapangan


Bukan ku tidak mahu berjuang dan bertahan


Aku cuma perlu waktu untuk buktikan

Drama melayu

Sapa yang selalu layan cerita melayu mesti akan perasaan ada beberapa adegan tidak logik / menyampah utk kita tgk 


Antaranya

- Kalau sembang bab2 projek main juta2 saja. ribu2 xdgr langsung.. kaya sangat kan.

- kalau call cpt je dpt respon. br je dail trs ckp hello.. pelik btl. padahal br 2 saat.

- Hp nmpk canggih giler..dgn touch screennya tp bila ada call masuk bunyi mcm nokia 3310.. alahai

- Jalan cerita yg sama... bosan. blh agak apa nk jadi lps tu. Kalau kaya msti jd sombong. Pastu kalau miskin lupa daratan klu dh senang sikit. Arghhh!

- kalau kejar penjenayah, peluru berebut2 keluar.. tp satu pn xkena..kalau kena pun sipi2 saja. 

- Jadi anak org kaya mesti sorang satu kereta.. kancil? ehh mimpilah.. xde dlm list okey..

- Mak ayah yg terlalu sibuk sampai anak terabai. dh selalu sgt kan cerita mcm ni

- Adegan gaduh pastu berbaik semula.. pastu gaduh balik. tu je jln cerita sampai habis. tlg percaya!

- Adegan bt2 xnampak.. padahal secara logiknya blh nmpk jelas dgn sekali pandang saja. tp dlm cerita 2-3x pusing br nmpk.pastu bt2 terkejut. tensen!

- kalau cerita komedi msti ada watak org sengau. xpun juling or jongang. Bt mimik muka tah apa2.. Lawak? Muntah hijau

- ckp loghat utara. siap dgn aksi sekali.. kalau kena xpa jugak. ni sampai terbelit2 lidah nk ckp.Rosak!

- ada part sakit.. bkn calang2 sakit. msti akan mati sebab ada kanser otak. senangnya nk habiskan cerita. kalau sakit perut, sembelit, buasir xde plak.

- nk tidur pn melawa lg.. mcm nak p shopping

Tu yg aku ingat.. 

Mahligai berduri

Baiklah.. sementara menunggu Lee Chong Wei beraksi sekejap lg mari bersembang tentang tajuk paper hari ni. Tgk tajuk pun dh blh agak kan. kalu berduri ni mesti ada yg xkena. 


Derita beristeri samseng... begitulah maksudnya.


Skrg bkn lelaki saja blh samseng.. pompuan juga blh. Malaysia mmg boleh! jadi tiada jurang disini.. jadi kpd kaum adam sila berhati2 dlm memilih calon isteri. Jgn tgk pd cantik di luar saja.. dalaman pn kena tgk jugak. Sila jgn salah faham di sini.


* xdpt menumpukan perhatian pd entry ini. Mata asyik menjeling ke arah tv. nnti aku sambung cerita lg.


Tu pun kalau rajin

Good luck!

Final Terbuka Malaysia 
Lee Chong Wei (Malaysia) vs Taufik Hidayat (Indonesia)


Good Luck Lee Chong Wei

Hrp kemenangan akan berpihak pd Lee Chong Wei yg memburu kejuaraan kali ketujuh. Walaupun dgn rekod baik 10-6 dgn Taufik,  apa saja blh berlaku. Bt yang terbaik!

* Agak skema entry kali ni.. sebenarnya aku sedang serius menyaksikan permainan ini di kaca tv.. 

Letih


UPDATE : Congratz Dato' for ur winning!




Teruja

Saturday, January 22, 2011

TERUJA...... TERUJA........TERUJA......TERUJA


Inilah yg membuat aku menjadi teruja sepanjang malam...

Tetiba aku mnjadi malas utk bercerita psl benda alah ini...hahahaha


ok.. mari aku cerita apa pentingnya benda ni ada dlm keta... Bayangkan korang naik keta mlm2 n tiba2 keta bt hal. apa pkara ptama yg korang nk bt? call kwn? call polis?  mgkn itu tindakan yg agak bijak..


Apa kata check kita check enjin bay dulu.. mn tau ada yg tercabut ke.. longgar ke. Masa inilah benda alah ni akan bertindak spt hero utk mudahkan keja korang. klu xde nk suluh pakai apa? hrp cahaya dr hp yg suam2 kuku tu?


Itulah yg pnh tjadi kt aku dulu.. tgh mlm buta plak tu. masa tu aku dlm pjalanan blk dr Hospital Sg Petani uruskan hal kak aku. Masa tu la keta nk bermanja dgn aku. xtgk time btl la. Masa tu aku xde lg benda ni.


Maka sejak tu aku nekad utk dptkan benda wajib ni.. pnh p usha kt kedai. Mak aii! harga blh tahan. dalam rm59.90 ke rm69.90 lbh kurang. aku pun dh lupa. bab2 harga ni aku selalu bt2 lupa tp kali ni aku btl2 lupa.


Dlm keadaan poket yg agak bocor aku bt2 tgk benda lain. lain kali la (pujuk hati je sbnrnya). 


Akhirnya aku bjaya dpt benda ni dgn PERCUMA (sengaja aku besarkan huruf utk mgambarkan betapa terujanya aku!) mcmmana caranya? aku tebus dgn points yg aku kumpul sjak berkurun lama.. tumpang gembira? terima kasih..hehe...


*tiba2 aku lapaq meggi... 


Bil punya pasal

Aku blk dgn muka sedikit kelat. ingat bila dh bayar bil blh la aku menyanyi riang dalam keta. tp rupa2 tidak. Masa aku nk bayar bil td kt Maxis Centre system offline pulak. So payment xblh bt masa tu. Diorg bg resit dan bjanji utk settle hal tu tgh hari sikit. Masa dalam keta trs teringat perbualan aku dgn awek Astro :


AA (Awek Astro) : Hello. blh sy bcakap dgn ***********
Aku : ya sy bcakap ( aku dh agak call ni msti dr bank @ astro sbb bahasanya agak formal)
AA : Sy dr Astro nk tanya soal pembayaran encik. Utk bulan ni encik dh bt apa2 bayaran ke?
Aku : errr...errrr (bt2 terpinga) dh bayar rasanya.
AA : dlm rekod kami last payment encik bayar pd 29/12.. utk bulan ni belum lg. due date 8hb. skrg                 
       dh 20hb 
Aku : errr..errr (malu)
AA: Encik blh bt bayaran esok atau lusa ya.. sbb Ahad ni kami dh mula bt pemotongan..
Aku : ok


Setelah berjanji sehidup semati dgn AA utk mbayar bil, aku jd resah. Tkt bil tu xleh bayar hari ni. lgpun klu dh bayar nnti klu AA call lg apa aku nk jawab. Bila bayar, pkl berapa bayar..aku cuma ada sekeping resit yg ada jmlh bayaran..


hrp esok Astro xpotong la.. 


Tolonglah.

Salah faham

Masa kt petronas td sempat aku merayau2 cari bahan makanan.. dlm dok belek2 keropok yg tsusun indah aku tdengar perbualan sorg makcik ni dgn anaknya (aku agak dlm umo 3-4 thn kot).. aku mula pasang telinga (padahal mmg dh siap pasang pn kan) :


Makcik : ishhh! jgn nk beli coklat (gula2) byk sangat.. bahaya tau. nnti sakit sapa susah.
Anak : ala sikit je ni..
Makcik : sikit lg mcmni.. kt rumah kan ada lg. mkn la byk2 nnti kena kencing manis (niat nk tktkan bdk tu barangkali)
Anak : Kencing manis? sakit apa tu.
Makcik : Sakit potong kaki. nnti nk jalan pn susah.
Anak : mcm abg tu ke? ( merujuk pd aku)
Makcik : eh! bkn mcm abg tu.. kalau kena sakit tu kaki kena potong.kaki dh xde


Aku (dalam hati) : Apa kaitan aku dgn sakit tu plak. huh! mentang2 la aku jln thenjut2 blh plak kata aku sakit potong kaki..


Aku tergeliat laa............................. (nsb baik ko kecik lg)

Sabtu yang....

Indah? Cerah? aku pun malas nk isi tempat kosong itu. Pg2 lagi aku dh mgadap pc buruk ini. Apa yg aku buat? Masuk fb, blog dan cuba bermain game. tapi aku malas. mcm2 cara aku buat utk mengrajinkan diri. Tp aku masih rasa mcm ada sesuatu yg xkena..


ohh aku lapar rupanya


Aku ke dapo utk siapkan bekpes..tgk ada nasi smlm dan aku mbuat keputusan utk bt ns grg.. resepinya, campak2 saja ada yg ada di dapo. Alhamdulillah knyg.


Dgn sedikit malas aku dan xtau nk bt apa aku on tv dan mula berbaring. oh! baru teringat psl call smlm. Awek Astro srh bayar cpt tunggakan bil. klu x esok diorg akan potong. Diorg ni klu psl potong laju je mcm ketapi express. klu nak sambung blk mcm naik beskal.


Aisyehh! aku ada keje rupanya. 

Pelik tapi benar

Aku ingat lg time sekolah dulu.. aku la org yg paling liat nk bt keja sekolah. pnh kena denda tulis ayat yg sama 100x dan berdiri atas kerusi.. Itulah aku yg xpnh serik kena denda.. Terima kasih cikgu sbb pengalaman tu byk mengajar aku tentang hidup.


Mak ayah hantar pi sekolah sbb nk bg pandai.. mmg betul. tp sayangnya aku lbh pndai mengorat.haha.. sbb tu lah aku blh tjebak dgn cinta monyet.. :) org kata cinta zaman sekolah xkekal lama.. habis sekolah je msti putus. tp aku dh buktikan xsemuanya mcmtu.. kira btahan lama jgk la. kenal sejak form 2 sampai la aku keja. cuma apa nk bt jodoh bkn di tangan kita.. bkn aku nk galakkan bdk2 sekolah bcinta. tp berpada2 lah. jgn samp lupa tanggungjawab.. Jaga diri sebaik mgkin.. 


Dulu aku xpndai bab2 tulis esei or karangan ni.. tmbh2 kena karang berjela2 muka surat. tp bila makin meningkat umur baru aku sedar aku ada bakat jgk rupanya.walaupun ayat kdg2 berterabur dan bersepah2.. kalau la cikgu aku tau anak murid dia ni dh boleh mengarang msti dia akan bangga giler.. mcm xpcaya kan cikgu? tp terimalah hakikat ye.. manusia akan berubah cuma masa yg akan tentukan


Tiba2 aku bangga dgn diri sendiri

Teman

Ayah, anakmu yg sorang ni dah xnakal.. 
Dah xkuar malam2 utk pegi mkn dan mnm di luar.. 
Dah xbuang masa dgn lepak xtentu pasal...
smuanya dah berubah, ayah..


Aku dh xramai kwn sejak aku kurangkan aktiviti sosialku.. Masih ada tp xserapat dulu. mgkn sbb aku selalu mengelak utk kuar bsama.xpalah yang penting aku masih ada keluarga yg perlukan aku.
Blog ni mjadi teman baikku.. smuanya aku luahkan disini.. blog ini bersifat peribadi yg hanya aku saja yg tau. aku lbh bebas utk bercerita apa saja. Maaflah kwn2.. aku bkn sgaja berahsia. tp tu lbh baik utk aku.. 

Rindu padamu...

Friday, January 21, 2011

Ayah…

Aku terlalu rindu padamu...
Hanya itu aku tahu saat ini
Aku hanya mampu menangis dan berdoa
Mengenang segala salah dan dosaku kepadamu


Ayah..

hidup ini terlalu sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
Tiada lagi orang yang akan menyokongku


Tiada lagi org yang akan membantuku ketika aku jatuh

Ayah..

Aku amat menyanjungi

jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas jasa dan budimu



Pemergianmu mendewasakan aku
Mengajarkan aku betapa pentingnya erti hidup
Untuk menjadi insan berguna

Pemergianmu mengajarku
Bagaimana harus mencintai dan menyayangi
Bagaimana harus tulus berkorban dan bersabar
Bagaimana harus berjuang demi anak-anaknya
Hingga saat terakhir hayatmu
Engkau terus berdoa demi kebahagiaan anak-anakmu

Ayah, detik ini..
Aku ingin masa ini berganti.


Semoga engkau mendapatkan tempat terbaik di sisi-Nya


Al Fatihah 

Nasi minyak


Cuba teka yg mana aku. hahaha.. xyah susah2.bukan ada markah pun utk
jawapan yg betul :P cari je yg nmpk poyo lebih. itulah aku :) 


Tetiba ja rasa nk mkn ns minyak..haha. ada sapa2 yg kawen ke hari ni? tlg la jemput aku... :) eh! bukan Ayu Raudah kawen hari ni ke.. Ramai la jejaka yg sedang patah hati.hehe.. nasib baik aku xminat dia. Tp jauh la pulak nk p samp Alor Star. xberbaloi dgn duit tol dan minyak utk sepinggan nasi minyak..hehe

Apapun, Selamat pengantin baru utk Ayu dan Zaquan.. hrp2 berkekalan sampai ke akhir hayat (mcm la diorg nk baca kan) Doa jugak la kan.. xkira jauh mana pun insyaAllah sampai kt empunya badan.. 




Khurafat

Thursday, January 20, 2011


Mcm best je kan... teringin gila aku nk tgk cite ni.. tp dh berkurun aku xjejak kaki kt pggung. bertahun rasanya.huhu..
klu tgk kt panggung lg best dr tgk kt rumah.. dgn sound effect yg blh bt jantung tkeluar..suara org dok jerit2 takut..blh bt tahap ketakutan berada di luar kawalan..huhu. aku pnh tjerit masa tgk cite omputih (lupa tajuk plak).. percayalah ianya cukup memalukan.aku trs rasa nk lari kluar dan ddk dkt tangga senyap2.




Aku rasa cite ni ada tarikan kuat utk bt org tgk.. kalau x mcm mana org yg bukan kaki wayang (mcm aku) blh terasa nk p tgk cite seram melayu.




* aku tggu download cite ni jelah . pastu  tgk sorang2 sambil mkn twisties:)

Oh duit!

Isu smlm tp aku komen arini... nk tgelak pn ada bila tgk mcm2 ragam bila jd eksiden mcmni. mgkn ada org ckp ni rezeki terpijak.. duit jatuh dari langit.. gila...bayangkan duit rm75k berselerak di atas jalan.. sapa2 yg tgk pn bgoncang iman..huhu.


Tp tulah.. duit tu bkn hak kita.. haram ambil duit yg ada pemiliknya. dh kuar pn paper mntak serahkan semula duit tu pd polis. tp taktau la berapa kerat yg sanggup bg duit tu blk.. pnt dok kutip samp ada yg sanggup gadaikan nyawa..


Ingtkan pd diri sendiri jugak... jgn ambil sesuatu yg bkn hak kita.. Pulangkan...........(mcm PHSM je) huhu...

Thaipusam

Bila sebut psl Thaipusam apa lg yg aku fikir........

CUTI 
      
CUTI 
                         
CUTI

kdg2 teringin gak nk p..tgk org cucuk sana cucuk sini.. kavadi... lg apa erk. tp bila fikir byk kali 

aku plh utk tdo je kt rumah esok..huhu

2 cinta dlm hati (part 2)

Wednesday, January 19, 2011

Cinta kedua? ssh sikit utk dijelaskan. Aku pn tatau sama ada layak di panggil cinta @ sayang @ suka.. yang pastinya aku memang suka utk berkawan dgn dia. Walaupun xsempat bersua muka tapi cukup utk bt hati aku terbuka bt kali kedua..


Selama ni aku ttp pintu hati aku utk kenal dgn mana2 pompuan. Aku serik dgn pengalaman dulu. Tp dgn izin Allah akhirnya hati aku mula menerima kehadiran seseorg yg bg aku cukup istimewa.. Aku mula kerap menegur dia.. Sungguh! aku sukakan dia. Tapi terlalu awal utk mengakui. lbh baik kami berkawan biasa dl. kenal hati budi masing2 dan tgk sejauh mana hubungan itu mampu bertahan. 


Malangnya dia menjauhkan diri atas silap aku sendiri. Aku mengaku aku tidak bercakap jujur pada mulanya. Bila aku sedar dan mula berterus terang dia dah xpeduli semua itu.. berkali2 aku cuba utk pulihkan persahabatan kami tp dia trs menjauhkan diri.. Aku btl2 tersentak dgn perbuatan dia.. kdg2 aku menyesal kerana berterus terang.. 


Pelik dgn sikap aku.. knp kali ni aku mudah sukakan org.. knp aku rs sedih stiap kali dia diamkan diri.. Aku sendiri xda jawapannya. Hanya Allah yg maha mengetahui setiap yg berlaku. 


Aku ingin katakan sekali lg apa yg aku kongsikan di sini hanyalah sekadar luahan hati semata2.. bkn niat utk mencari publisiti @ mnta simpati dr sesiapa... lgpn xda sapa yg kenal aku.. lbh baik aku luahkan disini dr tpaksa berdepan dgn kwn sambil menahan airmata dr jatuh..lbh teruk kalau kena kutuk dpn2.

2 cinta dlm hati (part 1)

Tuesday, January 18, 2011

Jgn trs buat andaian dgn mbaca tajuk di atas.. sila abiskan bacaan anda dahulu.. 


2 cinta bkn dtg dlm masa yg sama. Selang bertahun sblm cinta kdua itu hadir. maknanya aku bkn xsetia pada cinta yg ptama ye. cuma xda jodoh utk bsama.. Cinta pertama aku bermula di bangku sekolah. Org kata cinta monyet la kan ( heran aku apa kaitannya monyet di sini). mgkn kesamaan dr segi bergayut kot. tp cara sj membezakan. Couple xperlu mcari pokok utk bgayut.. sebaliknya hanya berbekal prepaid topup.cuma tahan telinga sajalah utk trs bgayut.. eh! jauh tersasar aku dr jalan cerita. Hubungan kami baik sehinggalah tamat sekolah. Alhamdulillah dh rezeki aku dpt offer utk melanjutkan pelajaran di salah sbuah Universiti..  Dh tentu la aku sgt gembira (sila baca dlm nada yg agak kuat). Itulah impian aku selama ni. Kami terpisah sementara krn dia gagal utk mdapat tempat di mana2 IPTA. 
Aku tau dia sedih. Namun aku pujuk beberapa kali utk mengubat rasa kecewa dia. Aku faham perasaan dia. Aku cuba yakinkan dia perasaan aku xkan berubah walau apa keadaan pn. 


Masa trs berlalu.. Lama kelamaan hubungan kami jd renggang.Aku dgr dia dah mula beralih arah. Tp aku bkn lelaki yg mudah putus asa. Aku cuba sedaya upaya utk pertahankan hubungan kami.Alhamdulillah dia juga bt perkara yg sama. Kami berbaik semula dan perkara itu tentunya amat mengembirakan.Kami trs berhubung hinggalah aku tmt pengajian.. Alhamdulillah. 


Aku menganggur sementara dpt keje yg sesuai.. dia pula masih bekerja di tmpt yg sama sejak abih blaja dulu. xkisah la asal bahagia. xlama pas tu aku dpt keje yg sesuai dgn aku.. Berita tu aku kongsikan dgn dia dan alhamdulillah rezeki berpihak pd kami.


Malangnya hubungan kami skali lg di duga.. tp kali ni memusnahkan semua impian aku. Keluarganya mendesak supaya dia cpt berkawin atas alasan kesihatan ibunya  yg xmengizinkan. Mereka memilih calon suami yg pada aku memiliki segala2nya. Berbanding aku yg baru nk mulakan hidup. Desakan demi desakan membuatkan aku xmampu utk trs bertahan. Apatah lg dia yg turut mengalah dgn keadaan itu. 


Akhirnya dia bertunang tanpa pengetahuan aku.. Aku cuma dpt tau bila tnampak album pertunangan yg dia sengaja tinggalkan dalam keta. Katanya dia xsanggup utk berterus terang dgn aku. Hancurnya hati masa tu. sedih.. terlalu sedih!
Dan akhirnya dia selamat di ijab kabulkan dan sah bergelar seorg isteri.. 


Kini dh 3 thn perkara tu berlalu.... aku terima takdir yg telah tertulis.. Sehingga kini hubungan kami masih baik tp cuma sebagai seorg kawan. xlebih dari tu. Perasaan dulu telah aku buang jauh2.. Dia kini seorg ibu kepada seorg cahaya mata lelaki. Alhamdulillah.. Aku bahagia dgn kehidupan dia sekarang.. Benar kata org " Cinta tidak semestinya memiliki" 


Barang lepas jangan di kenang....

Terima kasih

Ucapan ni utk korang yg sudi terjah ke blog yg  mnyedihkan ini.. bkn sedih yg meraung2 tu tp lbh kpd  sedih dgn kekurangan yg ada dlm blog ni. Maklumlah org br belajar klu salah tlg tunjukkan.. Segala idea, nasihat n kritikan (klu blh jgn  la kutuk lbh2) amatlah di alu2kan.


Sbgai org baru smua itu amat berguna utk aku majukan lg blog yg ada ni (skemanya ayat). Blog ini lbh bersifat peribadi n apa yg ada kt sini mgkn merupakan luahan hati dan kata2 yg xmampu utk di ungkapkan di alam nyata..


Jadi biarlah ia berbicara... :)

5 Syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.


"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata :


Syarat pertama : Jangan memakan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

Syarat kedua : Jangan tinggal di bumi-Nya. Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. 



Syarat ketiga : Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya! Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Syarat keempat : Tangguhkan kematianmu.Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

Syarat kelima : Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." 



Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.



Good morning

Hari ni aku keje mcm biasa.. lemak la samp 3 hari dah aku cuti. nak cuti lama2 sila keja sendiri..hehe. ehh sempat lg aku jenguk sini. padahal keja dah bertimbun tggi mcm rumah flat dok tunggu..


Jom keja ! jgn malas2.... tolong ingatkan aku.hehe

Popcorn

Monday, January 17, 2011

Apa yg korang bayangkan bila sebut Popcorn?  Dh tentu la makanan yg selalu mnjadi pilihan masa tgk wayang..( maaf, aku lbh suka beli twisties dr popcorn ms tgk cite..hehehe ). Tp bukan popcorn tu yg aku maksudkan.. Ni bkn makanan  sebaliknya tv show yg menjadi pilihan aku utk tgk pg2 cmni..Lbh kurang mcm Wakenabeb gak la klu kt Malaysia.. Ya lah bab2 pekena org ni sapa yg xsuka tgk kan.. Jadi bahan ketawa bila tgk mcm2 reaksi org yang di kenakan kan tu :)


Utk korang yg tatau lg boleh la on cenel astro ria kol 8.30 pg dan ulangannya pkl 1.00 ptg. Utk yg jadi suri rumah sepenuh masa boleh la tgk. Tp tu pun klu x sibuk dgn urusan rumahtangga..Mana nak siapkan breakfast lg, uruskan anak, p pasar...etc.. Biasa lah kan pagi2 camni. ada je keja yg kena bt..

Bestnya cuti......

Sunday, January 16, 2011

Hari ni Hari Keputeraan Sultan Kedah.. Moga Allah limpahkan rahmat dan panjangkan usia Tuanku.


Aku dh mmg cuti hari ni.. niat nak kuar beli brg2 satg.tatau la msti ramai giler org.. maklumlah masa cuti ni la dapat luangkan masa bersama family. Ni la masa utk para suami (suami mithali la katakan..hehehe) menyibukkan diri mbantu isteri bershopping...
Masa ni la kudrat lelaki akan di gunakan secara maximum utk tugas2 mengangkat barang, menolak troli dan membawa anak2..huhu... Tugas2 tu akan di lakukan dgn penuh kerelaaan ( wpun muka kdg kala masam mcuka ) semata2 utk org tersayang...:P
ehhh! cakap mcm org dh kawen je aku ni...hahahaha.. xpe based on true story :)


Bab shopping ni aku mmg jns xksah.. boleh je layan dok 2-3jam smata2 nak beli brg yg aku nak..hehehe. tp bila dh dpt cpt2 je rs nak blk. masa tu br la rasa kebas kaki la... lenguh sana sini. maklumlah brg dh ada dpn mata :) sbb tu kdg2 aku suka p sorg2 saja. bkn apa tkt susahkan org dok tggu aku belek lama sgt..( br aku perasan jenis bertimbang rasa jgk aku rupanya....hehehe) padahal kdg2 cuma nk beli baju saja. Cerewat sgt ke aku ni? ehh xkot. makcik Timah sblh rumah aku lg cerewet... ( Niat utk mcoverkan diri dari di label cmtu )