Ragut

Sunday, February 13, 2011

Semalam Nasha Aziz... Hari ini Norlia Ghani pulak


Kedua2 artis ini menjadi mangsa ragut yang makin menjadi2 sekarang ini. Bukan sikit2 duit yang lesap itu. Nasha diragut rm40,000 dan Norlia rm8,000. Sayangnya duit....


Macam2 boleh buat dengan duit sebanyak tu. Tukar enjin, adjustable absorber, rims bla bla....(macam ada banyak duit)


Ragut bukan saja kehilangan harta benda tapi juga nyawa. Kes terbaru seorang mangsa ragut yang meninggal dunia setelah beberapa hari koma (sumber kosmo online ) Malangnya bagi wanita itu yang menjadi mangsa orang yang tidak berperi kemanusiaan.Dunia sekarang membuatkan orang sanggup buat apa saja untuk hidup. 




Aku ambil gambar ini semasa aku di dalam kereta. Lokasi persimpangan lampu isyarat Sungai Petani. Lihat gambar ini betul2.. Tindakan ini sebenarnya mengundang jenayah terutamanya ragut. Penunggang dan pembonceng motorsikal kena lebih berhati2 terutamanya membawa beg tangan. Lebih baik bawa barang2 yang penting saja dan simpan dalam poket. Kalau pun perlu membawa beg simpan di bawah seat (kebanyakan motorsikal sekarang mempunyai ruang di bawah) 


Selalu juga aku berdepan dengan situasi seperti ini. Beg letak dalam raga, dompet terkeluar dari poket belakang....

Jangan la buat macam tu cik kak......... Bahaya!




Pentingkan keselamatan diri..Nyawa cuma dipinjamkan sekali sahaja


Fikirlah

0 comments: