Alkisahnya

Tuesday, February 1, 2011

Ini adalah cerita sebenar. Terjadi di depan mata aku sendiri.. Kisah seorang peminta sedekah yang menggunakan kerusi roda utk bergerak.Simpati? Simpan dulu rasa itu sehingga habis cerita ini.


Seorang lelaki melayu yang berumur lingkungan 50an. Aku kerap juga terjumpa pakcik ini ketika berurusan sama ada di stesen minyak atau di bank. 1st time aku jumpa pakcik ini semasa aku sedang mengisi minyak di Petronas. Dia datang dan meminta sedikit duit utk makan katanya. Atas dasar perikemanusiaan aku hulurkan sedikit wang. Dia akan lakukan perkara yang sama pd orang yang singgah utk mengisi minyak. 




Aku juga pernah terserempak dgn pakcik ini di kaki2 lima kedai. Menunggu sambil mengharapkan simpati orang. Nampaknya pakcik ini mampu bergerak ke sana ke mari. Pada mulanya aku xkisah sangat. Tapi dalam hati tertanya2 la jugak. Tinggal sebatang kara ke pakcik ini? xde keluarga? anak2? Mengapa pakcik ini sanggup menadah tangan meminta belas ihsan orang? Persoalan tu aku biarkan saja.


Sehinggalah kejadian tengah hari td yang membuat aku mula berpandangan jahat buruk. Aku terserempak pakcik ini di kaki lima sebuah bank. Ketika itu aku ada urusan yg perlu di buat. Pakcik ini menunggu betul2 di depan pintu mesin ATM. Maknanya sesiapa yang keluarkan duit akan keluarkan duit sekali lagi untuk pakcik ini. Bijak! Ada seorang hamba Allah hulurkan rm10 pada pakcik itu. Aku nampak dan terus masuk ke dalam bank. Xsampai 5 minit lepas itu pakcik tu masuk sekali dalam bank. Heran jugak aku. Xkan sampai dalam sini pakcik ni minta sedekah. Apa urusan dia?




Rupa2 nya pakcik ini memang ada urusan. Dia beratur di kaunter Khas utk menyimpan duit. Aku nampak di tangannya tergengam buku bank dan duit. Wooww! hebatnya. 


Aku mula berfikir berkali2 ganda..


Adakah pakcik ini betul2 terdesak memerlukan wang?
Adakah pakcik ini mengambil kesempatan dengan berkerusi roda minta simpati orang?
Agak2nya banyak mana duit dalam akaun pakcik itu?


Soalan yang tiada jawapan....





0 comments: