Kawanku

Monday, January 31, 2011

Kerana tidak mahu terus meleret2 dgn rasa sedih maka aku ingin bercerita tentang kawan2 aku. Kenangan semasa aku masih muda dahulu. Sekarang pun aku masih muda cuma umur saja makin bertambah.Mari aku perkenalkan dgn kawan2 aku.


Aku ada seorang kawan baik semasa aku masih study dulu. Biarlah aku namakan dia sebagai Leman sahaja. Leman adalah kwn sebilik aku. Orangnya hitam manis, kurus tapi xtinggi sangat. lebih kurang tinggi aku. Leman berasal dari negeri pantai timur, Terengganu. Aku pernah ke rumahnya sekali semasa ibunya meninggal dunia. Kesian Leman.. Masa tu kami sedang menghadapi minggu peperiksaan semester. Aku tengok Leman tabah dan kuat. Tapi aku tahu perasaan dia. Kehilangan orang yang tersayang mmg sukar utk di terima tapi sebagai hambaNya kita kena redha.


Perangai Leman sama seperti aku. Pendiam dan tak banyak bercakap. Mgkn kerana itu kami boleh rapat. Bayangkan kami boleh berdiam diri sepanjang jalan semasa menunggang motorsikal. nampak pelik.. Aku tgk orang lain boleh saja bersembang sampai terangkat tgn2. Boleh bergelak riang sambil menyanyi secara berduet di atas motorsikal. 


Kami juga mempunyai minat yang sama. Suka berjalan2 dan menunggang motorsikal bersama. Selalu kami akan keluar berdua sekiranya ada tugasan. dh naik motorsikal kan. Takkan nak angkut satu rumah naik sekali. Leman adalah teman yang baik. Kami selalu berkongsi masalah.tapi dalam keadaan agak formal. Aku tidak tahu kenapa setiap kali aku bersama Leman aku lebih suka bersikap agak skema. Padahal kami rapat. 


Aku juga ada kawan lain semasa aku masih belajar dulu. Aku ingin menggelarkannya sebagai  Mat sahaja.Lebih mudah bukan. Namanya yang panjang membuatkan aku terfikir bagaimana keadaannya semasa bersekolah dahulu. Barangkali didadanya penuh dengan tanda nama (name tag). Mungkin dari dada kanan melintang hingga ke dada kiri. Mungkin! Kuatnya berimiginasi..Mat pun baik dan berasal dari Perak. Orangnya agak alim tapi berperangai gila2. aku suka! tidaklah rasa terasing sangat bila bersama dia. Si Mat ini seorang yang agak berhati2 dalam menguruskan wangnya (dengan kata yang lain kedekut) Setiap sen yang di keluarkan pasti akan di catatkan dalam diarinya.Aku kagum ketika itu kerana aku tidak pernah mempunyai diari seperti dia! Mempunyai kekasih yang belajar jauh di Jordan. Mereka hanya berhubung menerusi email. Sekali lagi aku kagum..Jangan jadikan jauh sebagai alasan utk sebuah cinta. 


Aku masih ingat tentang seorang kawan yang aku gelarkan disini sebagai Din sahaja. Dia yang paling tinggi dan berbadan agak sasa. Kalau tgk muka memang boleh menaikkan rasa gerun sehingga 90%. Hatinya juga baik. Tapi lebih bersikap dominan dan xsuka orang membantah kata2nya. Kadang2 aku tidak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi memandangkan saiznya yg berganda lebih besar aku mengambil langkah selamat. Anggukkan kepala dalam keadaan terpaksa. Tapi kdg2 aku protes juga dalam tp dalam keadaan aman. Takut aku terpaksa menempah tempat di hospital.


Aku teringat dengan kenangan lama. Khabarnya Mat dah pun berkahwin dengan gadis Jordan itu. Begitu juga Din.. Alhamdulillah


Aku tumpang gembira...




Tiada Leman atau Din dalam gambar ini.Ini kenangan
masa aku di sekolah menengah dulu :)
Apa kaitannya dgn cerita di atas?

Tak ada..

0 comments: