2 cinta dlm hati (part 1)

Tuesday, January 18, 2011

Jgn trs buat andaian dgn mbaca tajuk di atas.. sila abiskan bacaan anda dahulu.. 


2 cinta bkn dtg dlm masa yg sama. Selang bertahun sblm cinta kdua itu hadir. maknanya aku bkn xsetia pada cinta yg ptama ye. cuma xda jodoh utk bsama.. Cinta pertama aku bermula di bangku sekolah. Org kata cinta monyet la kan ( heran aku apa kaitannya monyet di sini). mgkn kesamaan dr segi bergayut kot. tp cara sj membezakan. Couple xperlu mcari pokok utk bgayut.. sebaliknya hanya berbekal prepaid topup.cuma tahan telinga sajalah utk trs bgayut.. eh! jauh tersasar aku dr jalan cerita. Hubungan kami baik sehinggalah tamat sekolah. Alhamdulillah dh rezeki aku dpt offer utk melanjutkan pelajaran di salah sbuah Universiti..  Dh tentu la aku sgt gembira (sila baca dlm nada yg agak kuat). Itulah impian aku selama ni. Kami terpisah sementara krn dia gagal utk mdapat tempat di mana2 IPTA. 
Aku tau dia sedih. Namun aku pujuk beberapa kali utk mengubat rasa kecewa dia. Aku faham perasaan dia. Aku cuba yakinkan dia perasaan aku xkan berubah walau apa keadaan pn. 


Masa trs berlalu.. Lama kelamaan hubungan kami jd renggang.Aku dgr dia dah mula beralih arah. Tp aku bkn lelaki yg mudah putus asa. Aku cuba sedaya upaya utk pertahankan hubungan kami.Alhamdulillah dia juga bt perkara yg sama. Kami berbaik semula dan perkara itu tentunya amat mengembirakan.Kami trs berhubung hinggalah aku tmt pengajian.. Alhamdulillah. 


Aku menganggur sementara dpt keje yg sesuai.. dia pula masih bekerja di tmpt yg sama sejak abih blaja dulu. xkisah la asal bahagia. xlama pas tu aku dpt keje yg sesuai dgn aku.. Berita tu aku kongsikan dgn dia dan alhamdulillah rezeki berpihak pd kami.


Malangnya hubungan kami skali lg di duga.. tp kali ni memusnahkan semua impian aku. Keluarganya mendesak supaya dia cpt berkawin atas alasan kesihatan ibunya  yg xmengizinkan. Mereka memilih calon suami yg pada aku memiliki segala2nya. Berbanding aku yg baru nk mulakan hidup. Desakan demi desakan membuatkan aku xmampu utk trs bertahan. Apatah lg dia yg turut mengalah dgn keadaan itu. 


Akhirnya dia bertunang tanpa pengetahuan aku.. Aku cuma dpt tau bila tnampak album pertunangan yg dia sengaja tinggalkan dalam keta. Katanya dia xsanggup utk berterus terang dgn aku. Hancurnya hati masa tu. sedih.. terlalu sedih!
Dan akhirnya dia selamat di ijab kabulkan dan sah bergelar seorg isteri.. 


Kini dh 3 thn perkara tu berlalu.... aku terima takdir yg telah tertulis.. Sehingga kini hubungan kami masih baik tp cuma sebagai seorg kawan. xlebih dari tu. Perasaan dulu telah aku buang jauh2.. Dia kini seorg ibu kepada seorg cahaya mata lelaki. Alhamdulillah.. Aku bahagia dgn kehidupan dia sekarang.. Benar kata org " Cinta tidak semestinya memiliki" 


Barang lepas jangan di kenang....

0 comments: