Selamat

Friday, August 5, 2011

Ada dua sebab kenapa aku menulis entry ini.. 

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Walaupun dh terlewat tp aku tetap nk ucapkan selamat berpuasa pada sesiapa yg baca post ni..mudah2an kedatangan Ramadhan kali ini akan lebih bermakna.. Beribadatlah dan tunaikan kewajipan berpuasa kerana belum tentu lagi kita akan bertemu Ramadhan lagi selepas ini...

dan yang kedua 

Selamat hari lahir
utk seorang teman yg istimewa.. dah lewat sebenarnya ucapan ini di tulis. tapi aku xpernah lupa  pn tarikh itu..25 Julai.. aku cuma dapat hantar sms pada malam tu. tak tau lah dia dapat ke x.. sbb xpenting pun ucapan aku tu :) mudah2an dia di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia akhirat... Amin. Sempena tarikh istimewa itu juga aku telah mengaktifkan semula acc facebook aku. Mulanya aku nak ucap dalam facebook tapi niat tak sampai. Aku xnak dia ada masalah nanti. Mudah2an ucapan ini akan sampai pada dia walaupun xde harapan sebenarnya... 


Semoga awak bahagia selalu.... :)

Dygta - Karna Ku Sayang Kamu

Monday, July 18, 2011




Walaupun awak semakin jauh pergi saya akan tetap sayangkan awak

Doa saya akan terus bersama awak

Champions League Final

Saturday, May 28, 2011

Yang mana satu team pilihan anda?




BARCELONA ATAU MANCHESTER UNITED?



Aku pilih MU 




Jangan lupa awal pagi esok pkl 2.45 pagi.. Hanya yg terbaik !

Tahniah

Monday, May 16, 2011

Tahniah atas pertunangan / perkahwinan awak

Kini saya tahu awak sudah menjadi milik orang..
Semoga awak telah bertemu dengan jodoh yang baik
dan 
kekal bahagia hingga ke akhir hayat

saya gembira atas kegembiraan awak...





Terima kasih kerana awak telah membuktikan 
bahawa
saya memang tak pernah ada di hati awak


Happy Nurses Day!

Thursday, May 12, 2011


Hari ni 12 Mei 2011
Hari Jururawat Sedunia 

Maka saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kpd smua jururawat2 yang ada
terutamanya kpd seorang teman yang istimewa..

Jangan garang2 sangat nnti pesakit lambat nak sembuh...
Senyuman adalah penawar segala kesakitan dan kedukaan :)

Tak perlu kata apa2... senyum lah.

Selamat menjalankan tugas dengan baik.. 

Cinta ini

Sunday, May 1, 2011

Seharusnya aku pergi di saat kau menolak aku
Seharusnya aku tak lagi disini
Menanti ungkapan cinta yg tidak mungkin


Aku bertahan disini agar kau terbiasa dekat dgn ku
Biar kau rasa cintaku.. Biar kau rasa erti hadirku
Aku takut patah hati.... Aku takut jauh darimu


Yang ku ingin bukan hanya menatapmu
Mendengar ceritamu
Aku ingin menangis bersamamu... Ketawa bersamamu
Berbahagi hati selamanya


Salahku terlanjur ingini smua yg ada padamu
Salahku berkhayal terlalu indah tentang dirimu
Sebelum cinta ini hina..semampunya aku harus rela
Berhenti merinduimu... Dan membunuh rasa ini
Mohon ajarkan aku cara utk melupakanmu
Agar aku tetap kuat tanpa bayangmu


Bukan aku membenci.. Tapi aku telah disakiti olehmu
Belajar utk berhenti mencintaimu...

Allah lebih mengerti

Wednesday, April 6, 2011

"Memang saya berkawan dengan dia"




Jelas... Cukup untuk mematikan segala harapan dan impian aku selama ini.Cukup untuk membuat aku rasa sesedih ini


Ya Tuhanku..
Aku tahu Kau lebih mengerti apa yg aku rasakan saat ini. Aku dah tak terdaya Ya Allah. Aku tak mampu menghadapi ujian ini keseorangan..


Aku merayu padaMu sembuhkanlah ibuku.Hanya dia sumber kekuatanku utk terus hidup. Pinjamkan kekuatan semangat dan kesabarannya menghadapi segala ujian dariMu Ya Allah


Aku rindu nak mendengar suaranya, mendengar leterannya dan marahnya dia bila aku melakukan kesilapan. Kau berikanlah peluang untuk ibu memelukku disaat aku sangat memerlukan dia....


Cukuplah walaupun hanya sekali